Kelas Masakan KEMAS (Nasi Ayam)
3 September 2024 | Aktiviti TerkiniPada 02 September 2024, telah berlangsung Kelas Masakan KEMAS (Nasi Ayam). Kelas ini berlangsung di NADI Batas Lintang bermula pada pukul 09:00 pagi sehingga 01:00 tengah hari. Antara NADI yang terlibat adalah, NADI Padang Besar Selatan, NADI Batas Lintang, NADI RPA Arau dan NADI Kampung Surau. Kelas masakan ini merupakan kelas kerjasama dengan KEMAS Simpang Ampat. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan tunjuk ajar kepada peserta mengenai penyediaan masakan.
Antara aktiviti yang dijalankan semasa Kelas Masakan KEMAS (Nasi Ayam) adalah, pengenalan dan fungsi NADI, penyediaan bahan dan penerangan cara masakan dan peserta belajar memasak menu yang diberi iaitu nasi ayam. Selain itu, staff NADI turut memberi pendedahan dan pengetahuan dalam pembangunan keusahawanan kepada peserta.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat memberikan pengetahuan kepada peserta tentang NADI dan fungsi NADI. Selain itu, menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara pihak pengurusan NADI dengan komuniti setempat serta KEMAS Simpang Ampat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: